SELAMAT DATANG KE MA GENUINE BOUTIQUE

MA GENUINE BOUTIQUE

Kami adalah jenama tempatan Malaysia yang berpusat di Kota Kinabalu, Sabah. Kami mengkhususkan diri dalam pembuatan pakaian tempahan khas yang direka mengikut gaya dan keperluan anda, dengan jaminan kualiti kerja tangan yang tinggi daripada tukang jahit berkemahiran di FiFi Tailors.

Dengan komitmen terhadap kecemerlangan, kami menyediakan perkhidmatan premium dan menggunakan fabrik berkualiti tinggi untuk memastikan setiap pakaian yang dihasilkan bukan sahaja selesa, tetapi juga memperlihatkan keunikan tersendiri. Alami kesesuaian yang sempurna dengan standard tertinggi bersama kami.

FIFI ENTERPRISE

FiFi Enterprise adalah sebuah syarikat Bumiputera yang ditubuhkan pada 9 Februari 2003 (Pendaftaran awal di Daerah Kota Belud ) dan kini berpusat di Kota Kinabalu, Sabah. Dengan visi untuk menjadi pembekal dan penyedia perkhidmatan serta pakar pembinaan terkemuka, kami berkomitmen untuk setanding dengan pemain utama dalam industri ini.

Kami memiliki kepakaran dalam melaksanakan kerja-kerja Pembinaan, Kejuruteraan Awam, dan Penyelenggaraan, serta berdaftar dengan CIDB. FiFi Enterprise menyediakan Pembekalan pelbagai Peralatan dan Kelengkapan, termasuk Peralatan Pertanian, Pencucian, Pembersihan, Baja, Alat Bantuan Mengajar, Alat tulis, Kelengkapan Pejabat, Perabot, dan banyak lagi.

Kini, FiFi Enterprise menawarkan Perkhidmatan Jahitan bagi Pakaian Seragam Jabatan – jabatan Kerajaan, Swasta, Koperasi, Sekolah serta Perseorangan . Perkhidmatan Jahitan kami menitikberatkan Mutu, Ketepatan Masa dan Kepuasan Pelanggan. Kami terima tempahan dan bayaran melalui LPO, GWO, CEK, QR, Debit Card, Online Transfer dan Tunai.


ANUGERAH

TOP 500 CONSUMER CERTIFICATION TRUSTY BRAND AWARD OLEH MAJLIS TINDAKAN PENGGUNA NEGARA

Anugerah Top 500 Consumer Certification Trusty Brand Award dari Majlis Tindakan Pengguna Negara mengiktiraf jenama yang membina kepercayaan pengguna melalui produk dan perkhidmatan berkualiti. FiFi Enterprise menerima penghargaan ini pada Nov 2023 yang mencerminkan komitmen kami untuk memenuhi keperluan pelanggan dan memberikan pengalaman terbaik. Anugerah ini mengukuhkan FiFi Enterprise sebagai jenama yang dipercayai dan pilihan utama dalam industri jahitan di Sabah.

ANUGERAH “HIGH ACHIEVERS”

“PERKHIDMATAN KAMI”

Kami menyediakan perkhidmatan jahitan yang kemas dan berkualiti tinggi untuk semua jenis pakaian.

Berminat untuk membeli?

Add a descriptive title for the column.