Pengubahsuaian (Alteration)

1. Pengubahsuaian (alteration) adalah percuma (FOC) bagi tempahan jahitan di
kedai kami sahaja.
2. Pengubahsuaian pakaian yang dibeli dari luar akan dikenakan bayaran mengikut
jenis pengubah suaian.

Ukuran

1. Ukuran badan akan dilakukan oleh tukang ukur kami.
2. Pelanggan adalah disarankan untuk mengambil semula ukuran badan setiap kali
membuat tempahan untuk memastikan ukuran lama masih boleh digunakan. Jika
pelanggan meminta untuk hanya menggunakan ukuran badan daripada tempahan
lalu, dan tempahan baru didapati sempit, pihak kami tidak akan
bertanggungjawab.
3. Jika pelanggan meminta untuk menggunakan ukuran yang diambil sendiri atau
oleh orang lain selain tukang ukur kami, kami tidak akan bertanggungjawab
sebarang masalah ukuran pada tempahan.
4. Sekiranya terdapat ramai individu untuk diukur, kami menyediakan perkhidmatan
mengukur secara percuma (FOC) ke pejabat pelanggan.

Laibiliti dan Jaminan

1. Perkhidmatan pembaikan (repair) untuk masalah seperti jahitan terbuka, butang
tercabut dan sebagainya (tidak termasuk pengecilan saiz pakaian) adalah
percuma (FOC) untuk pakaian yang dijahit dari kedai kami sahaja (mempunyai
tag FiFi Enterprise).

Pembayaran & Pulangan Wang

1. Pelanggan mesti membayar deposit sekurang-kurangnya 50% semasa membuat
tempahan.
2. Baki bayaran perlu dijelaskan setelah pesanan siap.
3. Pelanggan harus mendapatkan resit dan salinan invois yang telah dicop dan
ditandatangan selepas membuat pembayaran (samaada secara hardcopy atau
soft copy).
4. Kami menerima bayaran secara tunai, bank transfer, kad debit, kad kredit, dan
QR.
5. Bayaran deposit tidak akan dikembalikan (non-refundable).

Pembaikan (Repair)

1. Kualiti jahitan daripada kedai kami adalah terjamin. Quality check (QC) akan di
dilakukan keatas setiap helai pakaian untuk memastikan pakaian dijahit dengan
kemas.
2. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan yang disebabkan oleh penjagaan
pakaian yang tidak betul selepas tempahan telah diambil oleh pelanggan.

Privasi dan Perlindungan Data

1. Maklumat pelanggan akan dikekalkan sebagai rahsia dan digunakan hanya untuk
pemprosesan pesanan dan komunikasi..