Perkhidmatan Jahitan Kami
Di FiFi Enterprise, kami menawarkan pelbagai perkhidmatan jahitan khusus yang memenuhi keperluan pelbagai jenis pelanggan, termasuk agensi kerajaan, syarikat swasta, dan individu. Berikut adalah antara perkhidmatan utama yang kami sediakan:
Kami menyediakan pakaian korporat khas yang mengutamakan keselesaan dan profesionalisme di tempat kerja. Pelanggan boleh memilih rekaan dengan kombinasi warna pelbagai serta tambahan piping atau lacing untuk menonjolkan identiti syarikat. Setiap rekaan dibuat dengan teliti bagi memastikan kesesuaian dan kualiti memuaskan.


Kami berpengalaman luas dalam menyediakan pelbagai jenis pakaian seragam untuk jabatan kerajaan seperti PDRM, JKDM, KPDNKK, Jabatan Perikanan dan banyak lagi. Dengan pengalaman bertahun-tahun dengan ribuan seragam dihasilkan, kami menjadi pilihan utama pegawai eksekutif kerajaan. Setiap seragam dijamin berkualiti tinggi dan mematuhi spesifikasi jabatan.
Kami pakar dalam menghasilkan seragam seperti Bush Jacket, Baju Operasi, Baju Tuck In, Pakaian Istiadat, Review Order, Mess set, Black Tie, Suit dan banyak lagi.
Kami menyediakan perkhidmatan tempahan khas untuk sut dan blazer, memastikan setiap pakaian sesuai dengan gaya dan cita rasa pelanggan. Dengan pilihan fabrik berkualiti tinggi dan rekaan moden, pelanggan bebas menyesuaikan potongan, warna, aksesori, butang, dan lapisan dalam. Setiap sut dan blazer direka oleh Pereka berpengalaman kami dan di jahit dengan teliti untuk keselesaan dan penampilan sempurna.


FiFi Enterprise turut menerima tempahan pelbagai jenis pakaian seperti Baju Kurung, Baju Melayu, Kemeja Batik, Dress, Blouse, Vest, Jaket, Skirt, Seluar, dan pakaian khas mengikut citarasa pelanggan. Setiap tempahan diberi perhatian penuh dari segi fabrik, rekaan, dan kesesuaian untuk memastikan kualiti tinggi. Sama ada untuk majlis rasmi, kasual, atau pakaian tradisional, kami sedia merealisasikan visi pelanggan dengan kepakaran dan ketelitian.