Tempahan Jahitan Pukal
perlu menempah pakaian untuk pasukan kerja ada yang ramai? Jangan risau. kami menerima tempahan secara berkumpulan / pukal dengan tawaran harga diskaun untuk tempahan 20 helai keatas serta perkhidmatan mengukur ke lokasi anda.

Jabatan Perhutanan Negeri Sabah
Kami telah melakukan perjalanan pada hujung bulan Julai 2024 ke semua lokasi terlibat demi mendapatkan ukuran size badan yang tepat. Pakaian seragam seluruh penjawat awam Jabatan Perhutanan Sabah yang hampir 1000 pasang dengan tujuh (7) kategori perjawatan berjaya kami siapkan mengikut tempoh yang di tetapkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Sabah dan menepati spesifikasi yang telah di tetapkan.

Pejabat Pendidikan Daerah Ranau
Pakaian seragam Pembantu Operasi bagi PPD Ranau telah siap penuh sebelum tamat tempoh yang telah di berikan. Perkhidmatan ini siap dilaksanakan pada pertengahan tahun 2024.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Sabah
Kami telah melakukan penerbangan khas dari Kota Kinabalu ke Tawau demi memberikan perkhidmatan tepat bagi sesi ukuran size badan semua pegawai LHDN di Tawau, Lahad Datu dan Sandakan pada bulan Julai 2024.
Pada masa yang sama, kami juga datang ke lokasi pejabat LHDN Kota Kinabalu bagi membuat ukuran size badan semua Pegawai LHDN sekitar Kota Kinabalu. Penyiapan Suit ini adalah sangat mencabar di sebabkan proses menjahit yang lebih sulit, walau macamana pun kami berjaya melepasi tempoh sukar tersebut dan dapat menyiapkan keseluruhan tempahan sekitar bulan November 2024.

KPDNHEP
Tawaran menyiapkan lebih dari 500 pasang pakaian seragam seluruh Penguatkuasa KPDNHEP Sabah telah di laksanakan pada bulan September 2022. Pada masa ini kami telah membuat tiga (3) kategori pakaian seragam iaitu Bush Jaket, Pakaian Operasi dan Pakaian Kerja (Tuck In).

JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA (SABAH)
Ikatan kontrak bagi khidmat jahitan dengan JKDM, Sabah telah berlangsung selama dua (2) tahun iaitu dari bulan Julai 2019 hingga Jun 2021. Lebih daripada 1000 pasang Bush Jaket pegawai tinggi seluruh Sabah telah kami siapkan dengan kualiti yang memuaskan.

JABATAN KERJA RAYA (CAW. UKUR & SOKONGAN MAKLUMAT)
Jabatan ini telah menempah tiga (3) jenis Pakaian lebih dari 100 helai bagi pegawai-pegawai dalam cawangan terlibat iaitu Kemeja Korporat, Pakaian Lapangan dan Jaket Eksekutif. Tempahan di lakukan pada hujung bulan Okt 2023 dan semua jenis tempahan telah di siapkan pada awal Dec 2023. Kami telah berusaha gigih bagi menjayakan sebarang tempahan dari semua pelanggan kami.

BPJKKD ( IPD KUDAT )
Pakaian Korporat dua puluh (20) helai ini di tempah oleh KBPJKKD ASP Rugis Mandi Anak Lidom khas untuk anggota-anggota dalam cawangan tersebut pada awal Nov 2023 dan siap tepat pada hujung Nov 2023 dengan rekaan dan kualiti yang memuaskan.

JABATAN PERIKANAN
SABAH
Hampir 500 pasang pakaian telah kami siapkan untuk seluruh penguatkuasa Jabatan Perikanan Sabah. Ini termasuklah Pakaian Operasi, Pakaian Tuck in, Bush Jaket dan Kot. Kontrak ini kami perolehi sekitar Mei 2023 dan kami dapat siapkan tepat masa yang di tentukan dalam kontrak iaitu Julai 2023. Agak mencabar sebab waktu yang sangat singkat, walau bagaimanapun kami telah melalui dengan jayanya.

POLIS BANTUAN TELEKOM
Tempahan pukal Pakaian Operasi ,Tuck in dan Kemeja bagi Polis Bantuan Telekom seluruh Sabah telah berlangsung dari tahun 2023 dan 2024 secara one-off. Semua tempahan telah siap tanpa sebarang kecacatan jahitan.

PEJABAT DAERAH
KUDAT
Tempahan batik untuk semua penjawat awam di Pejabat Daerah Kudat sekitar tahun 2023.

NAMA

NAMA

NAMA

IADA KOTA BELUD
Tempahan pakaian korporat dengan kombinasi tiga warna mewakili warna logo IADA.

NAMA

NAMA

NAMA

POLITEKNIK KOTA KINABALU
Tempahan pakaian seragam Pembantu Operasi bagi Penjawat Awam diPoliteknik Kota Kinabalu.

NAMA

NAMA
